feedburner

Selamat Datang,
Blog j-QAF Mukah,
http://jqafmukah.blogspot.com
jqafmukah@gmail.com.

Tazkirah Bulan Ramadhan

Tazkirah Bulan Ramadhan di Masjid Setia Raja Mukah selepas solat Isyak

1. Ustaz Mohd Zulkifli Bin Said 23 Ogos 2009
2. Ustaz Mohd Redzuan Abdullah 27 Ogos 2009
3. Ustaz Mohd Zaidi Mokhtar 3 September 2009
4. Ustaz Mohd Redzuan Ibrahim 5 September 2009
5. Ustaz Haraman Peri 9 September 2009
6. Ustaz Ibrahim Fikri Abdullah 12 September 2009
7. Ustaz Abdul Kader Maslan 14 September 2009
8. Ustaz Ahmad Shalahudin Abd Aziz 16 September 2009

Dijemput muslimin dan muslimat bersama-sama menghidupkan bulan Ramadhan.

Aksi Ganas di Jalan Raya di Sg. Pegie Mukah

Perlaksanaan j-QAF SK Kpg Seberang

j-QAF akan diperluas ke sekolah menengah

Oleh Akhi Mizi
j-QAF akan diperluas ke Sekolah menengah lapor Utusan Malaysia memetik kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Begitulah akhirnya. Setelah agak lama juga bermain dengan khabar angin.

Bilik j-QAF ini bukanlah sesuatu yang senang untuk diwujudkan sebagai bilik darjah kondusif.

Saya sedikit pun tidak terkejut. Sebenarnya sudah lama dengar cerita yang program j-QAF akan diperluaskan ke sekolah menengah. Justeru, setelah membaca kenyataan menteri timbullah pelbagai persoalan dan bermain dalam minda saya.


Ternyata, apa yang pasti program j-QAF semakin diberikan perhatian. Saya dengan sengaja menghantar sms kepada beberapa sahabat guru-guru j-QAF bertanyakan pandangan mereka jika sekiranya guru j-QAF kohot pertama 2005 akan ke sekolah menengah. Ternyata respons mereka sebagaimana dugaan saya. Kebanyakannya lebih suka terus di sekolah kebangsaan. Hanya seorang dua saja yang tergerak hati hendak ke smk pula.


Benarkah? Jika baru-baru ini Akmal Ahmad ada menulis di blognya tentang budaya selesa guru j-QAF, adakah isu seperti ini juga budaya selesa? Mungkin Akmal ada pandangannya sendiri. Tetapi saya berpandangan ini bukanlah budaya selesa. Ini adalah satu iltizam yang kuat.


Dulu, berapa orang saja yang hendak jadi guru j-QAF di sk? Lepasan Al-Azhar, Jordan, Syria, UIA, UM, UKM, KUIN dll masing-masing masuk ke sk dengan macam-macam persepsi. Ada yang berkata 'hilang ilmu mengajar di sk' ada yang kata 'otak tak berkembang' ada yang kata 'tak ada cabaran' dan macam-macam lah yang negatif belaka.


Hakikatnya tidak. Setelah memasuki medan sebenar barulah tahu.


Apa yang menjadi isu, jika guru j-QAF di sk ke smk adalah isu disiplin. Itulah yang haru biru. Isu Disiplin ini di sk pun sudah macam-macam. Di smk lagilah celaru. Apatah lagi, fungsi j-QAF adalah untuk memulihkan murid yang keciciran. Selalunya murid yang bermasalah disiplin di smk adalah daripada golongan murid yang keciciran dalam pelajaran. Justeru, fikir-fikirlah.


Barangkali sebenarnya kohot pertama tidak ditawarkan pun ke smk. Apatah lagi kalian memegang diploma pendidikan KPLI-SR. Ingatlah sendiri. KPLI-SR, bukan KPLI-SM. Justeru, teruskan perjuangan di sk sebagaimana istiqomahnya kita sebelum ini melaksanakan segala program j-QAF demi agama, nusa dan bangsa.
Banyak cerita-cerita j-QAF yang belum sempat saya tulis. InsyaAllah saya akan tulis nanti.

j-QAF akan diperluas ke sekolah menengah


17/07/2009 6:10pm

KUANTAN 17 Julai - Kerajaan akan menaik taraf guru-guru agama lepasan diploma ke peringkat ijazah dalam usaha memperluaskan pengajaran Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ke peringkat sekolah menengah tidak lama lagi.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Puad Zarkashi berkata, usaha itu diambil selepas mendapati program J-QAF memberi perkembangan positif kepada pelajar dalam penguasaan tulisan jawi dan bacaan al-Quran.

Menurut beliau, sejak program itu diperkenalkan pada tahun 2005 hingga Jun 2008, kira-kira 95.9 peratus murid tahun tiga di seluruh negara berjaya menguasai asas jawi dengan baik. - Utusan

BUDAYA SELESA GURU-GURU j-QAF

Artikal dari :
http://gerainascorner.blogspot.com

Pada tahun 2005 Malayia di bawan pimpinan Tun Abdullah Amad Badawi telah mewujudkan program j-QAF disekolah-sekolah kebangsaan seluruh Malaysia demi meningkatkan pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar Islam amnya kepada seluruh penduduk Islam di Malaysia sebagai usaha mengurangkan keruntuhan akhlak dikalangan remaja di masa hadapan yang meruncing kini.
Hasilnya hampir 1271 orang guru di ambil untuk membantu guru pendidikan Islam disekolah-sekolah. Berbondonglah lepasan agama yang ketika itu sukar mendapat pekerjaan memohon jawatan tersebut. Pada peringkat awal pelabagi masalah timbul dalam perlaksanaan j-QAF disekolah-sekolah terutamanya masalah hubungan GPI dengan guru j-QAF yang merupakan lepasan ijazah. Namun sedikit demi sedikit jurang itu makin mengecil apabila kesedaran bahawa matlamat perjuangan sama iaitu pendidikan Islam untuk murid-murid.
Setelah 5 tahun perlaksaan j-QAF hampir 80% peratus sekolah-sekolah telah melaksanakannya ( agakan penulis sahaja ) timbul masalah-masalah lain yang merupakan masalah dalaman sekolah dan merupakan duri dalam daging dalam memastikan kejayaan program ini. Masalahnya ini sekiranya tidak diatasi dengan segera tidak mustahil akan berlaku desakan memansuhkan program j-QAF sepertimana dasar gila PPSMI yang akan berkubur pada 2012.
Suasana yang berlaku antaranya budaya selesa dikalangan guru j-QAF sendiri. Pada peringkat awal guru-guru j-QAF amat bersemangat melaksanakan program ini khususnya kohort 2005 sebagai rintis perlaksanaan j-QAF. Mereka bersemangat untuk memulihkan imej guru agama yang selama ini dipandang lemah, lekeh dan terkebelakang dalam semua hal terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan ICT. Kedatangan guru j-QAF yang ratanya lepasan universiti dan mahir atau sudah sinonim dengan ICT diharap mampu merungkai imej guru agama selama ini. Hasilnya sedikit sebanyak pandangan tersebut semakin terhakis apabila guru-guru j-QAF mampu menonjolkan diri dalam pelbagai aktiviti dan program yang dibuat di sekolah secara tidak langsung memadam imej guru agama sebelum ini. Malangnya dari sudut pembinaan idea guru-guru j-QAF menjadi seperti ketandusan idea sepertimana ketandusan idea mahasiswa di universiti. Pada peringkat awal mereka berusaha untuk memastikan kejayaan program j-QAF dan hasilnya adalah amat memberansangkan apabila data menunjukkan terdapat pelajar yang dapat khatam al-Quran walaupun baru di tahun 3, pelajar-pelajar semakin mahir membaca dan menulis jawi, memahami asas pendidikan Islam serta perkembangan Bahasa Arab yang memberansangkan tetapi masalahnya guru-guru ini tidak mampu melakar idea untuk melakukan sebarang program dan aktiviti khususnya untuk pelajar-pelajar yang lemah.
Mereka pada dasarnya selesa hanya untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran yang harus dihabiskan tanpa memikirkan kemampuan murid atau mencari penyelesaian kelemahan murid. Sewajarnya sebagai lepasan ijazah mereka mampu merancang pelbagai program dan aktiviti untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah tetapi malangnya mereka lebih selesa memilih untuk mengajar sepertimana dalam silibus dan membiarkan masalah tersebut berlarutan. Walhal terdapat pengurusan sekolah sanggup membelanjakan wang supaya guru-guru j-QAF merancang program dan aktiviti tetapi semua itu dipandang sepi. Adakah ini berlaku kerana mereka sudah selesa dengan pendapatan yang diberi tanpa ada kesedaran bahawa meraka adalah pengajar dan pendidik atau inilah imej guru agama yang selalu terkebelakang dalam pelabagai aktiviti sekolah merupakan satu budaya yang tidak boleh diubah? Padahal sepatutnya sebagai lepasan agama mereka perlu bergerak sebagai agen perubahan bukan terus lesu dan selesa dengan apa yang diberi.
Walaupun tidak dinafikan terdapat guru-guru j-QAF berjaya menampilkan imej dan personaliti yang membanggakan serta dikagumi oleh guru-guru lain tetapi peratusan ini adalah amat kecil dan sekiranya dibandingkan laporan pencapaian murid-murid j-QAF terdapat penurunan peratusan dalam pencapaian pelajar dalam semua aspek. Budaya selesa ini secara tidak langsung menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran semakin menurun. Adakah kerana merasakan ilmu yang dimiliki tidak layak mengajar disekolah rendah menyebabkan lama-kelamaan ego ini memuncak dan tempiasnya terkena kepada para pelajar? Sehingga hari ini sudah terdapat suara sumbang yang menyelar sikap guru j-QAF yang dikatakan pemalas, susah untuk meminta tolong, gagal melibatkan diri dengan aktiviti sekolah dan asyik memerap dalam bilik j-QAF serta kurang hubungan berkomunikasi dengan guru-guru lain.
Budaya selesa ini perlu dihapuskan segera kerana akan menjejaskan perlaksanaan program j-QAF. Guru-guru j-QAF perlu disedarkan dengan peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenar, bukan sahaja sebagai guru tetapi sebagai agen perubahan di sekolah-sekolah selain mampu melontarkan pelbagai idea demi pendidikan agama kepada murid-murid serta melaksanakan pelbagai program samada untuk murid, guru, sekolah dan ibu bapa. Sepatutnya kita mampu membuktikan bahawa guru-guru agama mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan guru-guru lain dalam semua aspek dan hal...wassalam

MUAT TURUN UJIAN j-QAF 2009 Terkini

Sahabat-sahabat sekalian bolehlah download e-laporan ini untuk dihantar ke Pejabat Pelajaran Bahagian Mukah
Untuk Makluman semua pengumpulan data j-QAF secara berkelompok.

Taklimat Pengurusan / Pengisian Data j-QAF
Tempat :Daro
Tarikh : 29/Jun/2009 ( Isnin )
Tempat : Bilik Mesyuarat , PPD Daro.

Tempat :Mukah
Tarikh : 30/Jun/2009 ( Selasa )
Tempat : Dewan Sri Tapou, PPD MUkah



SOALAN UJIAN PENILAIAN

AL QURAN 6 BULAN PERTAMA TAHUN 1

SOALAN UJIAN JAWI 2009

PKSR BAHASA ARAB 2009

E- Laporan 2009
VER 9.3

E Satu
E Dua
E Tiga
E Empat
E Lima
E Sekolah