feedburner

Selamat Datang,
Blog j-QAF Mukah,
http://jqafmukah.blogspot.com
jqafmukah@gmail.com.

BUDAYA SELESA GURU-GURU j-QAF

Artikal dari :
http://gerainascorner.blogspot.com

Pada tahun 2005 Malayia di bawan pimpinan Tun Abdullah Amad Badawi telah mewujudkan program j-QAF disekolah-sekolah kebangsaan seluruh Malaysia demi meningkatkan pendidikan Islam kepada pelajar-pelajar Islam amnya kepada seluruh penduduk Islam di Malaysia sebagai usaha mengurangkan keruntuhan akhlak dikalangan remaja di masa hadapan yang meruncing kini.
Hasilnya hampir 1271 orang guru di ambil untuk membantu guru pendidikan Islam disekolah-sekolah. Berbondonglah lepasan agama yang ketika itu sukar mendapat pekerjaan memohon jawatan tersebut. Pada peringkat awal pelabagi masalah timbul dalam perlaksanaan j-QAF disekolah-sekolah terutamanya masalah hubungan GPI dengan guru j-QAF yang merupakan lepasan ijazah. Namun sedikit demi sedikit jurang itu makin mengecil apabila kesedaran bahawa matlamat perjuangan sama iaitu pendidikan Islam untuk murid-murid.
Setelah 5 tahun perlaksaan j-QAF hampir 80% peratus sekolah-sekolah telah melaksanakannya ( agakan penulis sahaja ) timbul masalah-masalah lain yang merupakan masalah dalaman sekolah dan merupakan duri dalam daging dalam memastikan kejayaan program ini. Masalahnya ini sekiranya tidak diatasi dengan segera tidak mustahil akan berlaku desakan memansuhkan program j-QAF sepertimana dasar gila PPSMI yang akan berkubur pada 2012.
Suasana yang berlaku antaranya budaya selesa dikalangan guru j-QAF sendiri. Pada peringkat awal guru-guru j-QAF amat bersemangat melaksanakan program ini khususnya kohort 2005 sebagai rintis perlaksanaan j-QAF. Mereka bersemangat untuk memulihkan imej guru agama yang selama ini dipandang lemah, lekeh dan terkebelakang dalam semua hal terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan ICT. Kedatangan guru j-QAF yang ratanya lepasan universiti dan mahir atau sudah sinonim dengan ICT diharap mampu merungkai imej guru agama selama ini. Hasilnya sedikit sebanyak pandangan tersebut semakin terhakis apabila guru-guru j-QAF mampu menonjolkan diri dalam pelbagai aktiviti dan program yang dibuat di sekolah secara tidak langsung memadam imej guru agama sebelum ini. Malangnya dari sudut pembinaan idea guru-guru j-QAF menjadi seperti ketandusan idea sepertimana ketandusan idea mahasiswa di universiti. Pada peringkat awal mereka berusaha untuk memastikan kejayaan program j-QAF dan hasilnya adalah amat memberansangkan apabila data menunjukkan terdapat pelajar yang dapat khatam al-Quran walaupun baru di tahun 3, pelajar-pelajar semakin mahir membaca dan menulis jawi, memahami asas pendidikan Islam serta perkembangan Bahasa Arab yang memberansangkan tetapi masalahnya guru-guru ini tidak mampu melakar idea untuk melakukan sebarang program dan aktiviti khususnya untuk pelajar-pelajar yang lemah.
Mereka pada dasarnya selesa hanya untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran yang harus dihabiskan tanpa memikirkan kemampuan murid atau mencari penyelesaian kelemahan murid. Sewajarnya sebagai lepasan ijazah mereka mampu merancang pelbagai program dan aktiviti untuk membantu pelajar-pelajar yang lemah tetapi malangnya mereka lebih selesa memilih untuk mengajar sepertimana dalam silibus dan membiarkan masalah tersebut berlarutan. Walhal terdapat pengurusan sekolah sanggup membelanjakan wang supaya guru-guru j-QAF merancang program dan aktiviti tetapi semua itu dipandang sepi. Adakah ini berlaku kerana mereka sudah selesa dengan pendapatan yang diberi tanpa ada kesedaran bahawa meraka adalah pengajar dan pendidik atau inilah imej guru agama yang selalu terkebelakang dalam pelabagai aktiviti sekolah merupakan satu budaya yang tidak boleh diubah? Padahal sepatutnya sebagai lepasan agama mereka perlu bergerak sebagai agen perubahan bukan terus lesu dan selesa dengan apa yang diberi.
Walaupun tidak dinafikan terdapat guru-guru j-QAF berjaya menampilkan imej dan personaliti yang membanggakan serta dikagumi oleh guru-guru lain tetapi peratusan ini adalah amat kecil dan sekiranya dibandingkan laporan pencapaian murid-murid j-QAF terdapat penurunan peratusan dalam pencapaian pelajar dalam semua aspek. Budaya selesa ini secara tidak langsung menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran semakin menurun. Adakah kerana merasakan ilmu yang dimiliki tidak layak mengajar disekolah rendah menyebabkan lama-kelamaan ego ini memuncak dan tempiasnya terkena kepada para pelajar? Sehingga hari ini sudah terdapat suara sumbang yang menyelar sikap guru j-QAF yang dikatakan pemalas, susah untuk meminta tolong, gagal melibatkan diri dengan aktiviti sekolah dan asyik memerap dalam bilik j-QAF serta kurang hubungan berkomunikasi dengan guru-guru lain.
Budaya selesa ini perlu dihapuskan segera kerana akan menjejaskan perlaksanaan program j-QAF. Guru-guru j-QAF perlu disedarkan dengan peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenar, bukan sahaja sebagai guru tetapi sebagai agen perubahan di sekolah-sekolah selain mampu melontarkan pelbagai idea demi pendidikan agama kepada murid-murid serta melaksanakan pelbagai program samada untuk murid, guru, sekolah dan ibu bapa. Sepatutnya kita mampu membuktikan bahawa guru-guru agama mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan guru-guru lain dalam semua aspek dan hal...wassalam

0 comments:

Post a Comment

Post a Comment